Skip to main content

CARA TERMINATE POLISI INSURANS ANDA

Hari ni pergi ke kl sebab nak terminate polisi insurans yang saya ambil 3 tahun lepas. Pernah dengar bijak malaysia? Saya telah ambil plan tersebut pada tahun 2013.

Salah satu sebab saya nak terminate polisi ni adalah kerana status insuransnya tu. Dulu-dulu jahil sikit, tak tahu beza insurans dengan takaful. Sekarang saya nak beralih kepada perlindungan takaful pula, jadi saya pun ambil keputusan untuk terminate polisi ni. 

Sebab lain tu..emm..saya nak reduce hutang bulanan saya. Premium bulanan 100, kalu darab dengan 12bulan? 1200..banyak tu..kalau simpan tiap2 tahun 1200 tu, dalam beberapa tahun je dah boleh standby duit untuk yuran sekolah anak-anak..

Baiklah sekarang saya akan ceritakan step by step langkah yang saya ambil untuk terminate insurans bijak malaysia tu..tapi saya tak pasti kalau cara yang sama terpakai untuk insurans2 lain yang ada di malaysia ni..

1) Pergi ke ibu pejabat Gibraltar BSN
Ok..nak bagitau kat sini, insurans ni asalnya under uniasia, tapi lepas tu dia tukar nama jadi Gibraltar pulak..tapi nama plan tu tetap bijak malaysia..plan ni ada gak ditawarkan di bank lain. Macam saya, saya daftar di bsn sungai buloh. Ibu pejabat Gibraltar BSN ni ada kat jalan tan siew sin..alaa dekat2 dah dengan Central Market kat kolumpo tu..

2) Jumpa dengan staf kat kaunter dan bagitau nak surrender policy
Saya masuk je kat dalam tu saya terus cakap pada orang yang ada kat situ, saya nak surrender policy. Kemudian dia mintak kad pengenalan untuk pengesahan yang kita ni pemegang polisi tu. Kena ingat ye apa-apa urusan melibatkan polisi insurans ni tak boleh main hantar wakil je (itu yang staf tu bagitau). Sangat confidential tau..

3) Isi borang yang diberikan 
Ok part ni penting sebab kalau kita tak isi borang tak bolehlah nak start termination process tu..saya diberitahu proses terminate makan masa lebih kurang 1bulan (saya rasa macam lama lak sebulan tu :p)..actually sebelum dia bagi borang terminate tu dia akan inform kat kita berapa surrender value..surrender value ni ialah jumlah tunai yang kita dapat selepas terminate insurans tu. Jangan expect kita akan dapat balik 100% jumlah yang kita dah bagi sejak dulukala tu..saya dapat la balik cash dalam 1.6k macam tu after 3 years..padahal kalau hitung2 balik, actually lebih 3.6k yang saya dah bayar sampai bulan lepas..uhuk3..

Ok tu saje..nak ingatkan juga kita kena letak no akaun bank yang betul dalam borang yang diisi tu..haa kalau salah nanti lambat pulak dapat duit. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk sesiapa yang berhajat nak terminate insurans tu..ok bye..

Comments

  1. Baru berniat nak terminate jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy terminate bulan 3, 2022 tapi xpat refund๐Ÿ˜ข

      Delete
    2. hello maaf bertanya, sy haritu baru buka akaun bsn and skali register insurans. selang dlm 2 jam lebih sy cancel blik utk insurans tu dia potong rm150. diorg ckp akan ambik masa utk dapat duit blik. haritu buka 2 january skrg dah 17 january. memang lama eh utk refund blik duit sbb sy dah pegi blik bank tnya and diorg ckp memang ambik masa lama. agak2 brapa lama and akan dapat rm150 tu blik tak? mohon jwpnnya terima kasih

      Delete
  2. Dah berapa lama ambil ye..kalau dah lepas 3 tahun, 5% drpd sum insured tu sure dlm tangan dah. Tak apa, nanti kakitangan tu akan bgtau berapa surrender value☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun nk tamatkan jgk insurance ni, tapi terpikir jgk duit yg kita dapat tu cash value blh guna atau tak? sbb saya dh mencarum 7tahun... nk tukarkan ke takaful...

      Delete
    2. Saya dsh terminate bulan april 2019.tetapi sampai 2020 masih dipotong gaji.nak tuntut la baki tu.siksanya nak jumpa pegawai

      Delete
    3. Assalam / Slmt mlm.. Nk tnya, cwgan yg terdekat dgn negeri Kedah,kt mne ek? sy dh msuk rasanya dah lebih 5 tahun. sbulan ptongan dlm rm50 je. bleh dpt duit balik tk? sb tnya kwn, hnya insurans saving je dpt, sy ambil insurans hnya cover kematian@kecederaan yg disebabkn KEMALANGAN SAHAJA.. Terima Kasih. Salam Ramadhan.

      Delete
  3. bape lama ye duit tu di pulangkan balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa terminate tu diberitahu ambil masa sebulan..tapi kalau tak silap saya dalam 3 minggu dah dapat duit tu☺

      Delete
    2. Kalu kita batal insuran blh claim kan duit kita nk dia potong bulan 2 tu kan . Blh selalu ke kalu kita claim

      Delete
  4. kena bawak buku polisi x masa nak terminate.
    Saya punya hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la mesti bawa atau tak..saya bawa buku polisi tu masa inform nak terminate, tapi buku tu tak perlu dipulangkan pun. Saya bawa pun sebab nak point out klaus yang menyatakan saya berhak dapat 5% sum insured lepas 3 tahun☺

      Delete
    2. Untuk kepastian mungkin boleh call 0326872000..ni nombor hq gibraltar bsn yang keluar dekat google search☺

      Delete
  5. Saya pun ambil ni policy so kita kena bayar sampai umur berapa??? Lagi lagi pun 3 tahun sekali je I dapat 1490 ringgit. 3 tahun I bayar 3600 tapi Cuma dapat 1490 ringgit balance 2110 bila boleh dptkan balik. Can update me plz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini taktik penipuan agent jual polisi ni. Kata ni Saving, sebenarnya tak berkait dengan simpan wang langsung. Duit kita bayar tu untuk premium sahaja, tidak akan dapat balik punya. I sudah bayar 8k+ dlm 8thun , bila surrender ingat boleh dapat balik, akhirnya kiraan surrender value campur bonus dulu2 hanya dapat 3.5k sahaja. Jahat semua agent penjualan

      Delete
    2. Betul tu memang tak dapat balik semua yang kita bayar sejak dulukala..tapi saya tidak kata agent menipu, sebab saya memahami fungsi polisi ni sejak saya mendaftar dan boleh agak berapa je amaun yang akan dapat bila terminate after 3 years..sebab bayaran yang dibuat tu utamanya untuk perlindungan (insuran), bukannya simpanan. Tapi kalau ada agent yang cakap tu semua untuk simpanan, memang la penipu besar

      Delete
    3. Syed hainor hizam1 November 2023 at 09:22

      tahun 2008 saya pernah masuk insuran bayar sekali sekarang saya acdent kaki kena potong boleh tuntut insuran tak tolong bantu

      Delete
  6. Macam sy since 15/09/ 2016 so tak sampai 3 tahun so macamana nak terminate polisi ni..sy juga takda apa2 buku polisi ada penyata premium je

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru je terminate polisi ni, just bawa IC saja dan isi borang yg diberi. saya buat dekat maybank sebab dulu daftar pun under maybank. Ni dah masuk tahun ke 6. Katanya proses akan ambil masa 14 hari.

      Delete
    2. Saya nk tye...utk terminated tu bleh buat kat mne2 cawangan maybank ke atau kena g kat cawangan yg pnh kite buat dlu.bln 6 2019 ni cukup 6 taun dh sye dgn insurans ni.saya nk terminated sbb nk amik insurans lain.time kasih..

      Delete
    3. Saya rasa mungkin kena pergi ke cawangan yg sama jugak..saya sendiri pergi ke cawangan bsn yg sama masa nak terminate bijak malaysia ni, tapi tak boleh terminate situ atas alasan agent yg berurusan dgn saya dulu sudah tak kerja di situ๐Ÿ˜…

      Delete
    4. Disebabkan agent dah tak ada, terpaksa la saya pergi terminate kat main office..berpeluh juga la nak ke sana..hihi

      Delete
    5. ada satu cara nak terminate xpayah pergi cawangan



      Delete
    6. Nk tanya..sy baru je join gibraltar ni thn.lps. klu nak terminate boleh x..ada kena penalti x sbb x cukup setahun lagi

      Delete
    7. call je nombor ni 1300226262, so x perlu pegi dah mana2 bsn sbb dia akan email kat kita form untuk terminate tu.sbb nmbr itu mmg hq dia.

      Delete
    8. Sorry nak tanya. After isi termination form tu, kita just kena reply email balik ke?

      Delete
  7. Nak tanyalah kalau dah ambil insurans & pernah guna lepas itu kita nak terminate dia akan cas balik tak bill yang kita pernah claim sebelum ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu kita nk batalkan blh claim ke duit kita

      Delete
  8. Assalammuaikum..nak tanya sy ada ambik bijak malaysia insurans,sy cadang nak terminate,tapi sy sedang fikir hujung tahun ini sy akan dapat pulangan 1600 tu,patut ker sy terminate skrng or tunggu sampai sy dapat duit pulangan dia hunjung tahun ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang sudah terminate ke atau masih tunggu? Pada saya baik juga tunggu dapat pulangan tapi kalau tak berbaloi dengan bayaran bulanan yang dikeluarkan sampai effect kita punya pengurusan kewangan, better terminate terus

      Delete
    2. sekarang sudah terminate ke atau masih tunggu? Pada saya baik juga tunggu dapat pulangan tapi kalau tak berbaloi dengan bayaran bulanan yang dikeluarkan sampai effect kita punya pengurusan kewangan, better terminate terus

      Delete
    3. Saya baru buat td tp saya rasa mcm x sedap hati sbb dia paksa saya buat selagi x hantar borang yg dia suruh hanta dkt Gibraltar bsn tu blh cancel lg kn cuma dia dh tarik fee yg mula2 tu

      Delete
    4. Saya dah 3 bulan turut tak bayar. Terbatal tak insurans tu?

      Delete
  9. kali nak tanya tentang bijak malaysua,saya start terminate pada 04/9 18,tapi refund sampai hari ini pun x da dibayar dari maybank.cawanagan maybank beritahu ambik masa dlm 7 hari

    ReplyDelete
  10. Klo nk terminate xsampai setahun insurans polisi ada penalti x

    ReplyDelete
  11. kalau prudential surrender policy mcm mana plak guys?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti sama ada cara yg sama terpakai utk polisi prudential, boleh ketahui lebih lanjut dgb agent prudential☺

      Delete
    2. tak pasti sama ada cara yg sama terpakai utk polisi prudential, boleh ketahui lebih lanjut dgb agent prudential☺

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. KALAU KITA PERNAH CLAIM MEDICAL CARD MACAMANA YE? ADAKAH DIA AKAN TOLAK DARI WANG CARUMAN KITA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Claim medical card tu ialah daripada polisi bijak malaysia ni ke? macam bukan je? dari pemahaman saya, caruman setiap bulan tu ialah komitment kita utk melayakkan kita menerima perlindungan insurans (dlm tempoh perlindungan), jadi selagi byr caruman tu, kalau claim yg dibuat melebihi jumlah yg telah dicarum, tidaklah claim tu akan tolak dari wang caruman, selagi jumlah claim tu tidak melebihi jumlah yang diinsurankan oleh syarikat insuran

      Delete
  14. Sama juga ke proses kalau ambil polisi dengan bank lain?Berapa akan dapat kalau lebih dari 10 tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je, sbb mana2 bank hanyalah agent. Berapa akan dpt tu insurance provider tu yg akan kirakan ikut jenis plan apa yg diambil, lain plan lain la pulangannya

      Delete
  15. Insurans ke takaful bukan bank if terminate duit dpt full ...mmg rasa rugi klu xde musibah apa2 jd.. tp klu jd sesuatu takaful yg membantu..jd jgn rasa rugi klu amik insurans dan takaful.mcm kereta.kita wajib byr.tahunan n xde excident mmg xleh tuntut duit balik pon.. tujuan takaful pulak lbh kpd membantu sesama manusia... jd bila amik takaful kena lah berlapang dada bawah duit kita labur utk perlindungan awal sekrnya terjdi apa2..bila kita jd musibah takaful yg cover semua smpai berbelas k contoh nya tp kita br byr beberapa ribu..time tu br kita rasa bersyukur sbb amik takaful

    ReplyDelete
  16. Salam.. Nak tanye, kalau saya dah terminated polisi insuran boleh cancel balik tak?terminated baru dalam 5 jam.. Boleh ke nak teruskan insuran tu balik?

    ReplyDelete
  17. Boleh tak saya nak batalkan? Padahal, pagi tadi ada org bank bsn call buat pendaftaran utk ni jugak rm 49 ringgit dia tolak every month dlm savings kita. Cara dia ni dah laa macam paksa .Eiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon dpt..tpi borang pemohonan blom Anta lagi..tpi dia dh tolak rm49..pastu baru dpt borang...

      Delete
    2. nanti borang dia akan hantar .. cuma lambat sikit .. kita pun bayar 49 hinggit .. dah nak setahun dah .. heee

      Delete
  18. Same laa kite...camna nkk terminate eh?? Insuran rm 49 sebulan ni

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Saya mmg nk terminate policy ne. Saya pergi directly ke head office jln Tun tan siew sin. Tapi, company itu tidak wujud. Saya dh call no call center and talian am. Kedua2 no itu sudah tamat perkhidmatan. Saya ada rujuk ke bank BSN. Mereka kata Mereka tidak tahu apa2. So, mcm mana Saya nk cancel kn semua ini and dpt kn blk duit Saya?

    ReplyDelete
  23. Saya ada pengalaman terminate insurance MAA.... Saya joint tahun 1998...bulanan saya rm90.98 tahun 2010 saya surrender....saya dpt rm10,810.00...rasa berbaloi...

    ReplyDelete
  24. Hampir 2 tahun lebih saya bayar rm 36 sebulan tapi sampai skrg i tak dpt buku polisi..sekali i call kata akan hantar secepat mungkin..tak tau nk buat apa

    ReplyDelete
  25. Hampir 2 tahun lebih saya bayar rm 36 sebulan tapi sampai skrg i tak dpt buku polisi..sekali i call kata akan hantar secepat mungkin..tak tau nk buat apa

    ReplyDelete
  26. Dia baru call Saya tadi...Saya ragu2 tapi dah setuju mula2 dia cuma kata akan isi maklumat Waris... lepas Saya setuju semua maklumat dia matikan.saya call semula dia nombor tiada dalam talian..apa perlu saya lakukan..saya dah kata setuju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun alami perkara yang sama... Apa perlu saya buat????

      Delete
    2. Kalau sy baru 1 tahun nak terminate rasa2 bole dpt ke..?

      Delete
  27. saya dah setahun bayar sunlife insuran takaful, sekiranya saya ingin cancelkan insuran ini adakah saya dapat bayaran balik ...saya ambil insurance nyawa dan simpanan

    ReplyDelete
  28. Saya baru je dpt panggilan psl bnda nie.. Data diri saya dh bagi.. Mcm mana nk terminate ye.. Mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contact balik dan bgthu nk btlkn..or pergi ke cwgn bsn berdekatan

      Delete
  29. salam nk tnye kalau saya da lame x bayar insurans n nak terminated boleh ke..dan boleh ke saya dapat duit saya balik..cara die same je ke

    ReplyDelete
  30. Salam.. nk tya.. mn2 insurance pn klu kite nk terminate msti dpt blk pulangan kn walau bkn 100%?

    ReplyDelete
  31. Salam nk tnyer klu terminate after 5y bpe pulangn yg kte dpt? Cm ner kte nk taw jmlah pulngn yg kte dpt....

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum sy terminit insuran selepas 15thn dlm insurances....bleh x sy tau peratus pulangan blik duit sy

    ReplyDelete
  33. Klo kita nk terminate kt bsn daerah kita blh ke..sbb saya tinggal kt daerah bera pahang

    ReplyDelete
  34. Klo kita nk terminate kt bsn daerah kita blh ke..sbb saya tinggal kt daerah bera pahang

    ReplyDelete
  35. Saya dah buat sepuluh tahun di maybank .sebulan bayar 300..agak2 dapat berapa ya kalau terminate..tp setiap 3tahun,dia masokan duit dalam akaun sy maybank sebanyak 3000..

    ReplyDelete
  36. Salam, saya semalam baru je terdaftat garlbratar bsn ni. Nama dia skrg qaseh dana. Boleh ke saya nak Terminated? Semalm cara dia terangan saya tkdpt nak keputusan dgn keadaan masa suntuk. Jadi saya da dpt surat Premium. Polisi belum lagi, boleh ke ye nak Terminate..? Nak kena hubungi bank atau direct garlbratar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak dah terminate garlbratar bsn ke ? Susah tak cara batal ? Sebab saya daftar semalam . Saya terburu

      Delete
  37. Hai saya sdh terminate insurans yg saya apply tu. Kata ejen yg urus tu bole claim duit dlm masa 1 minggu tp sdh lebih dr 1 minggu masi belum kena bagi apa" lagi apaa patut saya buat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..sama la dgn sy da ujung bulan da pon sum5% yg dijanjikn pon x dpt lg

      Delete
  38. Saya dah lah saya buat pembayaran bulanan. Yg tolong ajarkan pihak bank mudah katanya guna mesin ATM. Baru sekarang sedar. Selama 9 bulan bayar untuk orang. Dah hantar email tak tahu lah dapat balik tak. Doakan saya. Lepas baca sis punya blog mungkin pilihan terbaik sellender dan buat simpanan sendiri.

    ReplyDelete
  39. Helo. Kalau isi surrender form tu kan kena ada policy number, kalau tak ingat number tu macam mana?

    ReplyDelete
  40. Kalau terminate melalui ajen kita sndri boleh tk? .. tak perlu nk dtng pegi ofis diaorng ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terminate ke ? Boleh eh kita nak buat pembatalan ? Saya baru buat semalam ..Sebab semalam macam tak dapat nak fikir panjang

      Delete
    2. Saya terminate by email.nnti diorg bg borang. Kena print..cuma duit pulangan tu dpt ke x..x pasti

      Delete
    3. Agen saya lesap..so sy baru sedar tertipu..jahat btl

      Delete
  41. Klu terminate melalui ajen Kita blh tak

    ReplyDelete
  42. I dah byr selama setahun.blh buat pembatalan ke n dpt brp peratus duit Saya.

    ReplyDelete
  43. Sy dah terdftr bsn gibraltal ni allahu sy terburu2 xsempat fikir sbb ejen tu ckp wajib bt bnda ni untuk buka akaun terpksa lah sy bt bnda ni...sdangkn sy xtahu ape2 kna bayar rm101 kt dia total semua rm200 kna bayar kt dia๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Saya tgh confius dapat balik x duit yg kite labur tu walaupun x cukup 1 year

      Delete
  44. Says pn dh kena tipu. Hampir 4thn dgn Gibraltar BSN ni, baru² ni saya nk claim insuran sebab cedera sikit. Bila kol pejabat no dh tukar. Bila dpt no baru saya kol dia kata saya dh lama tak byr insuran! Tapi sehingga sekarang duit saya masih di potong. Celaka sungguh!

    ReplyDelete
  45. Saya baru je terminate insurans bsn ni. 1 bulan baru dia feedback. Sblm asyik hantar noti untuk payment..pdhl dh terminate. Sy baru join 8 bulan. Lpas tu buat aduan baru diorg ckp abaikan noti payment. Harp bulan ni bsn x tolak amount lg. Cuma rasa² dpt x pulangan wpun sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik/Cik boleh bagitau cara terminate insurans BSN tu..dan yg cik ambik tu Qaseh Dana ke??

      Delete
    2. sy terminate by online je isi form

      Delete
  46. sama lah. sy bayar rm 198.70 sebulan. sampai sekarang masih bayar . start dari tahun 2018.. sy wassap agent yg saya ambil tu tapi dia buat tak tahu je. wassap dia x balas. senyap je bila sy Tanya pasal insurance ni. sy dh tak tau nk rujuk dekat mana. sapa2 bole tolong x ๐Ÿ™๐Ÿป sy x tau dah buat mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. agent tu dah tak buat kot...cari cawangan insuran tu...atau bank mana...g kaunter bg ic je

      Delete
  47. Nak tanya, klaus yang mana satu ya, menyatakan kita berhak dapat 5% sum insured lepas 3 tahun ?

    ReplyDelete
  48. Salam...nak Tanya,klu insuran lain..mcm mana nak stopkan potongan ye..melalui angkasa..agen dulu dah x tahu pindah kemana..duit x pernah dapat sejak start potong..x tahu nak berurusan dgn siapa..mcm bg free je duit tiap² bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenal pasti dulu insuran ape...kalau dah tau bleg google mana cawangan yang terdekat...g kaunter n bg ic

      Delete
  49. Salam. Ada sapa2 ada pengalam tak utk claim insuran BSN gibraltar ni? Saya buat tuntutan kematian arwah suami. Bank ckp kena ada surat wakil kuasa sbb arwah tak letak penama. Utk kedah proses yu ambik masa setahun lbh. Bila dah antar semua bank xkp duit tu dh jadi wang tak dituntut. Kena isi borang baru pastu submit kt pej akauntan negara. Ada sapa2 biasa buat tak kes mcm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. surat kuasa masih lagi diperlukan walaupon duit pegi ke wang tak dituntut....sbb polisi tak ada penama...duit kalau dah pergi ke wang tak dituntut mmg ada dokumen perlu isi untuk amik semula duit tu kat bank negara

      Delete
  50. Satu komen pun admin tak jawab...kesian pada yg tanya

    ReplyDelete
  51. Thank You and that i have a neat give: What Is In House Renovation Loan small home renovations

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Baru aje successful creating this blog..tu pun cuba2 belajar dgn pakcik gugel ni..huhuhu..eksaited nau..๐Ÿ˜† Maklum laa budak baru belajar..insyaAllah akan usaha polish lagi blog ni so it will be more interesting..dan diisi dgn pelbagai pengetahuan yg berguna..okkay๐Ÿ˜š
5 IDEA HADIAH UTK PERKAHWINAN RAKAN/ SAUDARA MARA Dapat jemputan walimatulurus? Tengah cari idea nak belikan hadiah utk pasangan mempelai? Sy slalunya terfikir nak belikan brg2 dapur sbgai hadiah. Kenapa? Maybe brg2 dapur ni dkt dgn jiwa sy kot, dan bila dah jadi mak2 ni hari2 la nak pakai brg dapur ni kan xmcm zmn anak dare dulukala.. ahaha.. Tapi actually sy setuju byk lagi brgn lain yg boleh dijadikan hadiah utk pengantin baru selain drpd brg2 dapur td tu..xyah garu kpala dh kat sini sy listkan beberapa idea wedding gift utk pengantin baru..sesuai ke dok tu cerita lain ye..hihi๐Ÿ˜„ 1. BARANG DAPUR Ahahaha...dah cakap dh tadi nak hadiahkan brg dapur..tapi xpe la kan include je la skali kat sini..ada soklan..brg dapur ni tentunya byk jenis, jadi nak hadiahkan ape yek?? Haa..yg ni terpulang lah pada anda. Anda boleh hadiahkan pinggan mangkuk, cawan/gelas, periuk belanga, cerek letrik, toaster, set kutleri, alas meja mkn mcm2 lagilah..lagi grand kalu anda hadiahkan peti sejuk 2...